Thursday 17 March 2011

KOMSAS KEMBARA AMIRA TING 5 BAB 8-26

BAB 8
·         Tau melahirkan ketidakpuasan hatinya apabila kawasan hutan yang dianggap suci itu diceroboh.
·         Abangnya, Ludin pula mengenangkan kehidupan mereka semasa kecil serta sebab dia menyerahkan anaknya, Itai kepada Tau: -mahu Itai mempelajari ilmu keturunan mereka sebagai persediaan untuk menggantinya kelak.
·         Tau mehu menyerahkan Itai kepada Ludin semula kerana Itai sudah menguasai segala ilmu mengesan jejak dan memburu.
·         Ketika Itai datang melawat Jacinta, dia agak terkejut apabila diberitahu bahawa ada pihak tertentu yang hendak memusnahkan kawasan hutan itu dan ada emas di kawasan tersebut.
·         Mereka dikejutkan oleh suara Rusdi yang mengatakan bahawa Profesor Zahidah mengalami kemalangan.
BAB 9
·         Pergelangan tangan Profesor Zahidah terseliuh dalam kemalangan semalam apabila kenderaan pacuan empat roda mengalami masalah brek ketika menuruni bukit:-Pak Lias menghimpit tebing untuk mengelak daripada terhumban ke dalam gaung...-kenderaan itu terhenti di dasar sungai
·         Dr. Zawawi mengusulkan agar projek cari gali ini ditangguhkan buat sementara kerana khuatir kejadian itu melemahkan semangat pelajar dan seolah-olah sudah dirancang sama ada oleh pencari emas, peneroka balak, atau suku Orang Asli Semai.
·         Profesor Zaidah kecewa dengan cadangan Dr. Zawawi supaya menangguhkan projek arkeologi itu kerana menganggap kejadian tersebut sebagai suratan takdir.
·         Bapa Atai, iaitu Ludin merawat pergelangan tangan Profesor Zaidah yang terseliuh dengan menggunakan daun dan belahan buluh.
BAB 10
·         Malique dan O’Hara menunggu ketibaan Roslan di Stesen Dahan Hijau.
·         Roslan menjelaskan punca kelewatannya, iaitu berlaku kekecohan di kem cari gali emas.
-          Tiga orang pekerja baharu mabuk dan bergaduh semasa ketiadaan Ah Chin.
·         Amira bertanya kepada Itai tentang ubat-ubatan yang digunakan oleh bapanya untuk menyembuhkan tangan ibunya, sebaliknya Itai lebih mengagumi kandungan ensiklopedia.
·         Tiba-tiba Amira teringat bahawa Itai merupakan pemenang tempat kedua dalam pertandingan Pameran Saintis Muda 2002.

BAB 11
·         Tau terkenang akan kisah silamnya, iaitu:
-          Dia memperisterikan Ipah yang tidak diterima oleh suku Orang Asli Semai demi menyelamatkan Ludin yang bakal menjadi ketua kampung
-          Ipah lebih menyayangi Sabi, anak pertamanya daripada bayi dalam kandungannya
·         Lelaki kulit putih yang berada di kem cari gali emas itu telah mengembalikan nostalgia Tau:
-          Tau berang kerana Ipah masih bekerja di kem orang putih
-          Johnny menemukan kubur Ridley dan Brenda melalui kerjasama Tau serta mahu membawa tulang-temulang mereka ke Australia
-          Ipah lari mengikut  Johnny dengan membawa Sabi bersamanya dan meninggalkan anaknya yang masih kecil
·         Roslan bimbang jika pekerja baharu yang mencetuskan pergaduhan di kem akan mencari kerana membongkarkan rahsia tersebut.
·         Malique cuba menenangkan Roslan dengan meminta dia menolongnya memasukkan maklumat-maklumat yang telah dikumpulkan ke dalam komputer.
·         Malique memutuskan untuk berjumpa dengan Amira bagi mengetahui punca Amira hanyut dan kemalangan yang melibatkan Profesor Zaidah keesokan harinya.
BAB 12
·         Ludin membuat lawatan susulan untuk memeriksa pergelangan tangan Profesor Zaidah yang terseliuh.
·         Profesor Zaidah menunjukkan tulang karpus yang telah ditemukan kepada Ludin.
·         Ludin berminat dengan penemuan tersebut kerana bahan bukti itu akan menggagalkan projek cari gali emas dan menyelamatkan hutan itu daripada pembalakan dan kawasan larangan.
·         Itai pula mengajak Amira mengutip emas bagi memujuk Jacinta yang berkecil hati apabila dia bertanya tentang percutiannya.
·         Malique ke tapak arkeologi itu untuk bertemu dengan Amira, tetapi Amira telah keluar bersama dengan Itai.
BAB 13
·         Itai menceritakan mitos dan misteri yang berlaku di kawasan itu kepada Amira, iaitu seorang  pembalak telah digantung sonsang oleh makhluk berkaki dua.
·         Amira terpegun melihat dasar sungai yang dipenuhi emas, tetapi dia dibenarkan mengambil seketul emas sahaja untuk Jacinta.
·         Amira juga diminta merahsiakan perkara tersebut daripada pergetahuan orang lain.
·         Semasa hendak pulang ke Desa Karpus, mereka terserempak dengan makhluk berbulu dan seorang lelaki yang diikat tangan serta ditutup matanya.
·         Amira dan Itai melarikan diri ketika melihat makhluk berbulu mengheret tubuh lelaki yang menjerit yang terkulai itu ke darat.
·         Amira menjerit lalu rebah apabila mereka disergah oleh satu lembaga.

BAB 14
·         Kekecohan berlaku di kem cari gali apabila seorang pekerja baharu sudah dua hari hilang di hutan.
·         O’ Hara berpuas hati dengan laporan projek cari gali emas yang disediakan oleh Malique.
·         Malique risau kerana laporan tersebut bakal mengubah hutan, sungai, perkampungan, dan kehidupan di situ.
·         Malique berharap agar penemuan di Desa Karpus akan menyekat hasrat usahawan dari Pulau Pinang untuk melombong emas di kawasan itu.
·         Semasa keluar mencari pekerja yang hilang, kenderaan yang dipandu oleh Roslan tersangkut pada tanah merah sebagai akibat hujan lebat.
·         Ketika Roslan keluar untuk mendapatkan bantuan, tiba-tiba Malique terasa kenderaan itu ditolak dan meluru ke dalam gaung.

BAB 15
·         Pelbagai persoalan bermain di fikiran Amira ketika dia dan Jacinta berkunjung ke perkampungan Itai:
-          Kemunculan Tau secara tiba-tiba di tempat kejadian.
-          Reaksi Tau yang bersahaja ketika Itai menceritakan makhluk misteri itu.
·         Amira ingin mengembalikan semula emas yang sudah diikat kemas dengan tali hitam.
·         Satu persidangan adat sedang dijalankan untuk menilai tindakan Itai:
-          Ludin menyebelahi Amira, sementara Tau mati-matian mempertahankan Itai.
-          Kepercayaan Ludin terhadap Itai tercalar kerana gagal mempertahankan rahsia tersebut.

BAB 16
·         Hujan sepanjang hari menyebabkan tanah di sekitar kawasan khemah di Desa Karpus berlumpur dan kerja lapangan agak terhad.
·         Amira dan Jacinta berjaya menemukan artifak yang mirip bekas air kecil.
·         Tau bersedia membantu mereka dan membongkarkan rahsia bahawa dialah yang selama ini berjaga di kawasan khemah itu.
·         Roslan datang ke khemah mereka untuk memberitahu Amira bahawa Malique hilang dan berharap agar Amira meminta Itai dan Tau untuk mengesan Malique.

BAB 17
·         Malique mendapati dirinya dikurung di dalam sebuah bilik sempit.
·         Dia tidak dapat bergerak kerana kaki kanannya patah dan berbalut.
·         Malique tertanya-tanya siapakah yang menghulurkan makanan melalui lubang kecil di bawah pintu.
·         Pelbagai pertanyaan bermain di fikiran Malique:
-          Mengapakah ibunya beria-ria menyuruh dia mengikuti O’Hara ke dalam hutan?
-          Apakah hubungan antara ibunya dengan O’Hara?
-          Mengapakah warna kulit dan rambutnya berbeza dengan ibu bapanya?
·         Malique berharap agar O’Hara tidak putus asa mencarinya dan Roslan akan menerima bantuan Amira untuk mengesan jejaknya.

BAB 18
·       Tau membawa Amira, Jacinta, Rusdi, Dr.Zawawi, dan Itai ke Gunung Gua Gajah.
·       Mereka menemukan lakaran kegiatan manusia dan haiwan pada diinding gua.
·       Dr. Zawawi merakamkan lakaran itu dengan menggunakan kamera digital.
·       Amira terjumpa mobile disk di lantai gua, manakala Rusdi menemukan kapak batu yang digunakan oleh manusia zaman Neolitik.

BAB 19
·       Penemuan artifak di Gunung Gua Gajah menggemparkan warga Desa Karpus.
·       Tau membenarkan Itai tidur di Desa Karpus pada malam itu.
·       Berdasarkan mobile disk yang dijumpainya, Amira membuat andaian sama ada Malique mungkin diselamatkan oleh seseorang dan berlindung di gua itu atau Malique tersesat hingga ke dalam gua dan tercicir mobile disk tersebut dan membaca laporan pencarian emas yang ditulis oleh Malique.

BAB 20
·         O’Hara dan Ah Chin menunggu ketibaan Jennifer di stesen kereta api
·         Kedatangan Jennifer ke hutan yang pernah dijejakinya meresahkan O’Hara kerana sudah bertahun-tahun Jennifer melupakan tempat itu.
·         Wajah isteri Tau, Ipah yang sedang mendukung Sabi muncul dalam fikiran Tau:
-          Tau melibas beruang yang mengajar mereka dengan parangnya
·         Tau terjaga ketika waktu hampir senja dan segera ke tempat persembunyian Malique.
-          Malique keliru apabila makhluk berbulu itu mengakuinya sebagai anak berdasarkan parut di rusuknya.
-          Malique tidak percaya makhluk berbulu itu bapanya, manakala ibunya Jennifer, bukannya Ipah.
-          Malique menjerit sekuat hatinya lalu rebah dan tidak sedarkan diri.

BAB 21
·         Amira, Jacinta, Itai, dan Pak Lias ke Gunung Gua Gajah untuk mencari Malique.
·         Roslan yang berpatah balik untuk mengambil lampu suluh datang semula bersama-sama dengan Jennifer dan O’Hara.
·         Makhluk berbulu itu terkejut daripada tidur apabila terdengar bunyi kenderaan:
-          Turun ke kaki gunung dan mengintai manusia di celah-celah daun belukar.
-          Wanita yang membelakanginya mengingatkannya kepada seseorang.
·         Jennifer terkenang kembali kehidupannya yang dipulau oleh masyarakat suku Orang Asli Semai kerana berambut perang dan bermata biru.
·         Makhluk berbulu itu memerhati Jennifer yang telah meragut kebahagiaannya dari jauh dan bertekad untuk menyelamatkan Sabi atau Malique daripada Jennifer.

BAB 22
·         Pesawat Cessna 310 model tahun 1953 yang dipandu oleh Ridley mengeluarkan percikan api sehingga menyebabkan kipasnya berhenti.
·         Ridley, Brenda, dan anak mereka, Samantha dalam perjalanan pulang ke Australia setelah beberapa bulan berada di Asia Tenggara.
-          Ridley ialah pensyarah sebuah universiti di australia yang melakukan kajian terhadap reptilia di Pulau Langkawi.
·         Pesawat itu terhempas di tebing lembah:
-          Ridley dan Brenda hangus terbakar, sebaliknya Samantha terselamat.
-          Samantha dibawa pulang ke perkampungan suku Orang Asli Semai oleh Jidin, iaitu bapa Ludin dan Tau.
·         Masyarakat Orang Asli Semai menolak kehadiran Samantha yang kini bernama Ipah, tetapi Jidin tetap mempertahankan tindakannya membawa pulang Ipah.
BAB 23
·         Amira, Itai, Roslan, dan Pak Lias berusaha mencari dan mengesan Malique di Gunung Gua Gajah.
·         Itai menceritakan rahsia hidupnya, iaitu kehilangan abangnya di dalam hutan dan mimpi yang sering mengganggu tidurnya.
·         Di kaki gunung, Jacinta kurang senang dengan kelakuan O’Hara yang merenung ke arah rantai emas di dadanya.
·         Berdasarkan penemuan kesan tapak kaki yang tidak berkasut, mereka berempat bergerak mengikut aliran air hingga ke satu lubang yang membawa mereka ke puncak gunung.
·         Itai berjaya memanjat lubang itu dengan menggunakan akar-akar mengkelat.
·         Ketika meninjau keadaan di sekeliling puncak gunung itu, Itai terdengar suara jeritan manusia.

BAB 24
·         Profesor zaidah sedar akan ketiadaan Amira dan Jacinta di khemah.
·         Amira dan rakan-rakannya berhati-hati kerana Itai dapat mengesan bau makhluk berbulu.
·         Itai dan Amira masuk ke dalam pondok yang terdapat di situ, sementara Pak Lias dan Roslan mengawasi keadaan sekeliling.
·         Makhluk berbulu itu melompat dan berdiri di hadapan Pak Lias dan Roslan, manakala Itai dan Amira berjaya menemui Malique.

BAB 25
·         Makhluk berbulu itu terkejut apabila melihat Itai dan Amira memapah Malique keluar dari tempat persembunyiannya.
·         Makhluk berbulu itu merayu agar Malique yang dipanggil sebagai Sabi meninggalkannya.
·         Itai dan Amira tertanya-tanya tentang:
-          Mangapakah makhluk itu menyelamatkan Malique dan membiarkan di atas puncak itu?
-          Siapakah sebenarnya makhluk itu kerana cara balutan dan bahan rawatan pada kaki Malique sama dengan cara yang digunakan oleh Ludin.
·         Ludin yang tiba di kaki gunung terkejut apabila melihat adik iparnya, Ipah ada bersama dengan Jacinta dan O’Hara.
·         Makhluk berbulu itu cuba menyerang Pak Lias,tetapi berjaya ditangkis oleh Pak Lias.
·         Ludin yang baru tiba di puncak gunung berjaya menyelamatkan keadaan:
-          Mereka terkejut kerana makhluk itu rupa-rupanya Tau

BAB 26
·         Semua orang yang terlibat dalam kejadian itu berkumpul di Desa Karpus.
·         Pertelingkahan berlaku antara Ludin, O’Hara, dan Jennifer sehingga banyak rahsia terbongkar, iaitu:
-          Jennifer ialah Ipah, isteri Tau yang telah melarikan diri
-          Malique ialah Sabi, iaitu anak Tau dan abang kepada Itai
-          Itai dan Malique adalah adik-beradik
-          Ludin ialah bapa saudara Itai, bukannya bapa kandungnya
-          Sebab sebenar Jennifer atau Ipah meninggalkan Tau
·         Tau tersenyum puas mendengar keputusan Malique untuk tinggal buat sementara waktu di hutan sehingga dia sembuh.